Another GENG KITA, Got Married!

1:13 PM

Assalamualaikum..

Tahniah untuk Najwa dan pasangan, semoga bahagia dan cepat-cepat dapat anak :P
Semoga perkahwinan ini sentiasa dipenuhi dengan cinta dan kesabaran yang tinggi dalam menempuhi liku-liku alam perkahwinan.
MayAllah bless you and lived happily ever after.

Sabtu lepas (29th Nov 2014), kawan aku yang aku kenal dari tahun pertama di Universiti Malaya telah sah menjadi milik orang. Dia adalah salah seorang dari GENG KITA (read more here) dan orang kedua dalam geng yang mendahului memegang title "isteri". Al-maklumlah sekarang semua dah habis belajar dan dah keje, memang dah layak untuk bina masjid..hehe~ Yang pertama kawin, aku tak dapat nak pergi walaupun majlisnya lagi dekat daripada majlis kali ini. Maaf sangat-sangat, Isah :(

Memandangkan aku sekarang stay di Kelantan dan jarang sangat nak keluar berjalan-jalan ni. Aku excited lebih untuk ke Majlis Perkahwinan Najwa ini di Marang, Terengganu. Lagipun, aku dah ada keberanian untuk drive kete jauh-jauh sekarang walaupun sebelum nak pergi ke majlis ni, aku pergi langgar bucu dinding rumah kakak aku masa nak keluar parking..hahahah~
Perjalanan dari rumah aku dijangka akan memakan masa selama 3 jam 12 minit daripada pak Googlemap jika ikut jalan tepi pantai. Majlis akad nikah adalah jam 10 pagi. Oleh itu, untuk bagi sempat dengan majlis itu, lepas subuh aku dah bertolak dan singgah jap kat Tendong untuk ambil kawan aku, Wina untuk teman aku, Well, ayah aku takkan bagi aku drive sorang jauh-jauh ni. Terima kasih kat Wina sanggup balik Kelantan dulu untuk teman aku :D

Dengan kelajuan aku bawak kete tu dengan jalan yang lenggang (pagi sangat kot!), kami sampai di destinasi yang dituju dalam masa 3 jam 15 minit. Cantik sangat Terengganu ni rupanya..huhuhu~ Terutamanya bila lalu di Penarik, cantik sangat laut!! Walaupun aku hari-hari tengok laut/pantai tapi tetap tak jemu.

Kami sampai dirumah pengantin tapi pengantin masih ada di Masjid Haji Ahmad Ibrahim untuk majlis ijab kabul ketika itu. So, kami patah balik ke masjid itu. Cantik kawan aku dalam persalinan warna cream dengan bling2 nyer. Tak sempat nak tangkap gambar, ramai sangat waktu tu.

Sementara menunggu pengantin perempuan tukar baju persandingan, jom snap gambar dulu..ekekeke~

 Bersama dengan 4ner dan Wina, macam pengapit dah dua orang ni..huhuhu~

With Lily yang makin cantik dan kurus >.<

Dua orang GENG KITA tak dapat hadir bersama disebabkan ada komitmen lain yang perlu dipenuhi.


Seusai majlis ini, kami bertolak pulang. Tapi sebelum tu sempat lagi singgah jap di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Belum pernah pergi kesini lagi. Nak sampai ke pantai tu berapa kali ntah silap masuk lorong..hahaha~ Ada tu silap masuk kat Masjid Terapung dan ada jugak sampai jalan mati..adehhh~



Tengah fikir masalah negara ke??

Kat sini, nasib baik cik Lily teringat purse dia tertinggal di rumah Najwa, kalau dah jauh ni tak tahu lar macam mana. So, patah balik rumah pengantin dan lepas tu hantar 4ner dan kawan dia ke stesen bas di pusat bandar. Aku sampai dirumah dalam pukul 9 malam selepas hantar Wina dan Lily ke rumah Wina. 

Akhir sekali, tahniah sekali lagi untuk Najwa. Perjalanan jauh ni aku sanggup redahi sebenarnya sebab nak jumpa GENG KITA semata-mata setelah setahun lebih tak jumpa. Seingat aku kali terakhir masa majlis konvokesyen mereka pada tahun lepas. Dapat jugak kita jumpa kan??

In sha Allah, bulan Mei tahun depan seorang lagi GENG KITA akan diijabkabulkan. 
See u at Perak!

Wassalam.

2 comments

  1. Banyak benda yg dirancang trjd, yg kelakarnya duk pusing jln yg sama & msuk jln mati..mahal kenangan tu, ingt smpai bila2, hehe

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...