Aku budak 90'an

Assalamualaikum..

Sekarang ni memang nampak sangat permainan tradisional Melayu makin dilupakan. Kalau masa saya kanak-kanak rebena dulu, memang setiap petang bising dengan budak-budak depan rumah. Dulu depan rumah memang lapang dan kadang-kadang main sampai debu habis masuk dalam kedai. Ha'ah, keluarga saya ada kedai runcit yang bersambung dengan rumah. Sebelum saya lahir lagi ada tau tapi tak tahu sejak bila. Sampai sekarang masih ada lagi.

Antara permainan yang kami main:

1. BOLA SELIPAR/KAKI TIGA
Naik main game ni perlu ada tiga selipar dan bola. Ada dua team. Game ni start bila team A jatuhkan selipar tu dari jarak yang telah ditetapkan. Bila selipar tu jatuh walaupun satu jer, team B boleh pegang bola dan lempar ke pihak lawan sampai semua pihak lawan 'mati'. Team A perlu mengelak dari bola tu dan perlu susun balik selipar tu seperti yang asal. Game tamat bila team A berjaya susun balik selipar menjadi piramid. Team A tak boleh sentuh bola, tapi boleh pegang bola tu dengan menggunakan selipar tu.

Kalau ada dua selipar kat tangan, memang boleh angkat bola tu dan baling jauh-jauh..haha



Pernah gak main game ni masa kat asrama sekolah menengah masa hujan. Alasan nak mandi hujan la tu kann..kahkahkah


2. CONGKAK
Biasanya main dengan adik-beradik jer. Al maklumlah, saya ni ramai kakak dan adik..huhuhu
Fyi, congkak kat rumah saya ayah saya buat sendiri guna batang kelapa. Berat nak mampuihhh~ Ada lagi kat rumah, tapi dah tak guna. Suka main bila pihak lawan dah kena goreng habis-habis (maksudnya, dah tak ada guli sebelah dia). Lepas tu buat gaya kacau-kacau guli dalam rumah kita tu sambil cakap "goreng, goreng, goreng".



Selain guli, kami jugak main guna buah getah. Dekat rumah ada pokok getah. Kadang-kadang kami pergi masuk dalam 'rok' (bahasa kelate, maksud: semak-samun), cari buah getah ni. Kalau dah habis main, kami pecahkan kulit buah ni. Saje~ nak tengok kat dalam tu..huhuhu


Saya jugak suka main pasir!! Ada jugak gali lubang kat tanah buat macam congkak. Main guna buah getah.


3. PANGKAH GULI
Selain daripada menggunakan guli buat main congkak, kami juga main macam dalam gambar tu. Kalau orang kelate sebut 'main pakoh guli'. Jiran-jiran pun ikut main sama. Jiran-jiran kebanyakannya lelaki jer semua. Kami dulu memang ganas-ganas main tau (amboiiii~). Sampai pecah guli tu. Ada tu nak guna guli besar 3x ganda daripada saiz guli yang biasa. Woi!! mana boleh guna. Memang menang lar kalau guna guli tu kan. Yang tangan panjang memang untung sangat boleh lontar lebih dekat dari yang lain.


4. BATU SEREMBAN/MAIN SELAMBUK (Kelate)
Main yang ni best bila main atas lantai licin sebab guli dapat melantun tinggi, jadi sempat la nak kutip guli yang bawah tu. Kalau kat sekolah ni masa cikgu tak masuk kelas, pergi belakang, sapu lantai bagi licin. Pastu duduk main kat situ ramai-ramai.


5. ZERO POINT
Amboi english gitu nama game nih. Kami kat kampung panggil 'Zeropoing'. Kelate keii..gggg
Saya main ni memang tak pernah lepas bila sampai bahu. Pendek!! Orang lain sampai atas kepala boleh lompat lagi. Yang ni bila pandai buat gaya gimnastik gitu.

Contoh main game ni:

Paras tapak kaki sebut "Zero point", tak boleh sentuh getah.
Paras buku lali, dan lutut sama jugak. 
Seterusnya, paras paha, pinggang, ketiak, telinga, kepala, atas kepala, kaki boleh kena getah tanpa sentuh dengan tangan.
Pastu, paras lutut, pinggang, telinga (perlu buat something kat sini, lupa.. rasanya ada yang perlu pijak getah tu sampai ke tanah dan jentik sebanyak 3 kali)

Lepas habis buat semua tu, ulang benda sama tapi kena pejam mata.

Kadang-kadang bila tak cukup orang nak main (2 orang jer), kami ikat getah di dua tiang depan kedai runcit. Sekarang dah tak ada tiang tu.


6. BAL-LO-BA
Satu lagi permainan getah, guna getah macam kat atas tapi getah tu dihayun-hayun perlahan-lahan dan penghayun kena nyanyi. Pelompat perlu lompat getah tu, yang penakut memang lambat la nak masuk lompat. Kadang-kadang sengaja hayun laju-laju..HAHAHA

Antara lagu yang saya ingat sikit-sikit;

(getah dihayun kekanan dan kekiri)
Bal lo ba, si kena sa, si one i one ooo~ one 
Aminah awang, B biskut, kaki step (getah dihayun secara bulatan keatas)
p/s: masa dah habis nyanyi tu, getah mesti berada di antara kedua kaki pelompat.

(Getah dihayun secara bulatan, mesti buat gaya macam lagu yang dinyanyi)
Mek mek ambik selipar, mek mek letak selipar,
Mek mek ambik selipar, mek mek tohok selipar,
A,B,C

(Getah dihayun secara bulatan, mesti buat gaya macam lagu yang dinyanyi)
Anak kambing patah kaki,
Anak kambing pandai menari,
Anak kambing minum susu,
Anak kambing tutup lampu,
Anak kambing masuk tidur,
A, B, C

(getah dihayun kekiri dan kekanan)
Rumah terbakar panggil bomba
Bomba datang berlumba-lumba
(getah dihayun secara bulatan)
Rumah terbakar panggil bomba
Bomba datang berlumba-lumba
A- Air, B-Batu, C-Campur
Air Batu Campur

7. ZERO DOG
Nape nama Zero Dog?? Sensitip betul dengar "dog" ni sekarang.."I want touch a cat :P " Hahaha~

Permainan ni main guna getah jugak, tapi di sambung kedua-dua hujung getah menjadikannya satu bulatan besar. 2 orang akan menggunakan kedua-dua belah kaki untuk menjadikan bentuk empat segi tepat. Banyak gaya yang perlu buat dan perkataan yang perlu disebut sebelum melompat kearah bertentangan.

Terdapat banyak paras jugak macam Zero Point.
Paras buku lali, lutut, dan pinggang
Tapi untuk melepasi setiap paras perlu buat banyak benda dan gaya.

Contoh:

Paras buku lali -->
Lompat getah tanpa menyentuh getah itu (disini ada dua getah perlu lompat) dan perlu sebut sesuatu bila nak masuk ditengah-tengah.

Round;
1. Zero dog
2. Flower
3. Step

Paras lutut-->
4. Perlu pusing kan sebelah kaki di satu getah itu sambil sebut "D"
Lepaskan pusingan tu sebut "O"
Lompat kedua-dua getah sebut "G, DOG"

5. Lepas itu, pusingkan kaki dikedua-dua getah sekaligus dan lompat.

Ada banyak lagi, tapi susah plak dah nak explain satu-satu. Ntah korang faham ke tidak. Perlu buat video satu ni sebelum lupa..huhuhu
(yang atas tu pun tak tahu betul ke tidak..kihkihkih)

8. BOLA TIN
Cara bermain sama jer dengan bola selipar. Boleh pegang bola dengan menggunakan tin. Dulu, kedai runcit keluarga saya ada kedai kopi sekali. Jadi, memang banyak sangat tin susu kat rumah. Macam dalam gambar tu hanya 4 tin jer tapak. Tapi kami guna boleh kata sampai 10-12 tin untuk tapak sahaja. Kalau jatuh tu memang kedabommm~


9. MAIN TEI NUSUK (SOROK-SOROK)
Permainan ni memang popular la kan. Tak payah citer panjang-panjang semua tahu. Kira sampai 100, cari sampai jumpa semua orang. Orang yang pertama dijumpai, next akan kira dan cari plak. Ha! sape tak pandai kira sampai 100 tak boleh main..hahaha


10. GALAH PANJANG
Permainan ni saya pernah main sekali jer rasanya. Jadi, saya tak tahu sangat. Rasanya ada 6 kotak, setiap sisi akan ada yang jaga (6 sisi = 6 orang), bebas bergerak sepanjang garisan. Pemain perlu bergerak dari kotak permulaan sampai ke kotak akhir tanpa disentuh oleh penjaga.


11. TENG-TENG/DECOK-KO (Kelate)
Aku panggil game ni decok-ko kapal terbang sebab bentuk macam kapal terbang..huhu~ Ada gak buat bentuk Doraemon. Part yang best bila nak buat buah untuk dilontar tu. Kami guna bata atap yang dah pecah. Bentukkan kepada bentuk-bentuk yang kami suka dengan menggunakan lantai untuk licinkannya.




Ada satu jenis lagi patern, yang tu lagi banyak space boleh buat rumah. Tak ada plak kat google patern yang tu. Yang susah main bila orang lain conquer 2 kotak pertama. Gila jauh nak lompat ke kotak ketiga terus. Kalau rumah sendiri boleh rehat jap, boleh pijak dua-dua belah kaki. Sebelum pilih rumah tu, kita kena habis satu round dan bila habis semua buah akan dikumpulkan dalam satu kotak tepi kotak pertama. Kita kena ambik buah kita dengan menghadap bertentangan dengan kotak itu dan menghulur tangan ke belakang (tak boleh tengok). Sebab itulah penting untuk buat bentuk lain buah kita tu, jadi senang untuk cam yang mana buah kita. 

Yang jahatnya, diorang letak buah itu menegak betul-betul tepi line. Memang tak jumpa lar~ (Jap, eh! ke aku yang buat..hahaha). Ada jugak yang sengaja tolak buah kita jauh-jauh dalam kotak masa turn diorang =.="

12. POLIS SENTRI
"Polis sentri, one to jaga..polis mati, pencuri jaga"
Lagu ni untuk pilih pencuri. Lagu ni akan diulang sampai ahli kumpulan sama rata kepada dua kumpulan. Polis akan kejar pencuri sampai semua dapat ditangkap dengan menyentuh pencuri dan kira 1 sampai 10. Pencuri akan dibawa ke penjara dan ada polis lain yang jaga kat situ. Sudah tentu kena letak yang kuat untuk jaga. Sebab? Pencuri boleh lari semula kalau geng dia datang sentuh dia balik. Ko polis! kalau berangan memang terlepas lah pencuri tu. Bila dah habis tangkap semua. Tukar polis jadi pencuri, pencuri jadi polis plak.


Nak main game ni memang best kalau ramai orang. Main dengan budak lelaki, kejap jer habis main. Mana taknya, semput aku nak berlarinya. Dulu ada satu pokok kelapa kat tepi kedai, memang berlari pusing-pusing pokok tu lar. 

13. CARI LIDI
Permainan ni main dengan menggunakan beberapa lidi yang tak sama panjang. Contoh panjang (game untuk 6 orang): 6cm, 5cm, 4cm, 3cm, 2cm
Lepas tu, pemain A akan susun lidi itu bagi nampak sama panjang di tangannya. Yang lain akan pilih satu lidi setiap orang dan jangan tunjuk kat orang lain. Paling untung bila dapat yang paling pendek. Kemudian pemain yang mempunyai lidi akan menyorokkan lidi mereka dalam satu bulatan yang dilukis atas tanah. Tak kisah dalam mana nak sorok lidi tu. Kadang-kadang sengaja buat lubang, padahal tak ada pun lidi dalam tu..kihkihkih~
Pemain A akan mula cari bila semua dah siap sorok lidi diorang. Bila jumpa lidi, pemain A perlu teka siapa punya lidi itu.

14. LIDI
Permainan ni sebelum ada yang macam gambar kat bawah ni, kami main guna lidi daun kelapa tu jer. Yang tu boleh patahkan hujungnya buat macam kayu golf gitu hah~ senang sikit nak angkat lidi yang lain tu. Sape paling banyak lidi, dia yang menang. Tapi selepas tu ada jual yang moden sikit ni (macam dalam gambar). Warna-warni uolls. Tapi setiap warna tu ada markah tersendiri. 

Cara main, genggam semua lidi tu dan letakkan tangan paras dada. Kemudian lepaskan kuat-kuat. Kami siap fuh! fuh! lidi tu sebelum buat tu bagi jatuh jauh-jauh..ekekeke~ Lepas tu, angkat la yang mana senang dulu, tapi yang lain-lain tak boleh bagi bergerak, dup dap dup dap nak angkat satu lidi tu pong. Kalau tak, past kat orang lain plak buat.


15. TUDUNG BOTOL
Sape hebat main game ni? Saya dah lupa step main game ni macam mana. Tapi memang ada teknik dan style masing-masing untuk step yang terakhir. Ada yang menggunakan lengan mereka, ada jugak yang buat tudung botol tu melompat kearah sebelah lagi. Yang pastinya saya suka guna lengan untuk step itu..hehehe



Dah habis?? Tak lah, ada lagi permainan yang saya main masa kecik dulu. Tunggu next entry ye! Panjang sangat la plak entry ni :P
Walaubagaimanapun, saya rasa bertuah kerana lahir pada tahun 90'an!!

Terima kasih tekun baca sampai habis ;)


Comments

Popular Posts