FIRST TIME

10:09 PM

Assalamualaikum..


Setelah 3 tahun tak berjumpa dengan kawan-kawan aku ni, akhirnya pada tanggal 6 Januari 2014 kitorang bertemu jua. Lama tu wooo~ Ni kawan-kawan aku ketika aku kat matrikulasi (KMKN). Kitorang just keep in touch kat FB. Kalau takde FB, tak tahu la macam mana sekarang..uhuhuhu~

Al-kisahnya, aku sebenarnya kenal diorang semua ni dari roommate aku, Jun. Diorang semua ni classmate roommate aku, tetapi disebabkan diorang ni suka lepak kat bilik aku (tengok movie biasanya), dengan automatiknya habis satu kelas dia aku kenal. Aku budak sains hayat, tapi diorang budak sains fizikal. Sikap giler-giler, plus kecoh buat aku lagi senang nak masuk dengan diorang sebab aku lebih kurang jer ponn..Eh!


Hangout ni dicadangkan oleh Rin. Aku dan dia paling kuat berkomen-komen, like-mengelike di post kat FB. Kitorang boleh rapat sangat sebab kitorang ada matlamat yang sama iaitu "nak berubah". Jadi, perjumpaan ni memang perancangan last minit. Walaupun ada yang ada paper keesokkannya. Minggu exam la katakan. Kitorang bercadang nak lepak kat The Mines, paling dekat dengan universiti diorang,UPM dan nasib baik si Rin ni ada kereta. So, senanglah kitorang nak berjimba..huhuhuhu

Berbalik kepada tajuk entry, FIRST TIME. Yup, pada hari ini memang banyak sangat aku buat first time. Antaranya:

1. First time aku naik LRT STAR, transit kat Masjid Jamek ke Cempaka.
2. First time aku sampai di stesen LRT Cempaka.


3. First time aku jumpa eskalator yang hanya bergerak bila ada orang pijak. Green sangat!! Oh~ eskalator ni boleh naik dan turun. So, kalau pijak yang atas, boleh la guna untuk turun. Jimat space!


4. First time aku naik kereta yang dipandu oleh Rin. 

  • Rin mintak aku banyak-banyak berzikir kalau dok dalam kereta dia. Ganaihh~
  • Aku tengok okey jer dia drive, cekap ape :P
  • Macam-macam cerita keluar time dok dlm kereta tu hah.. first time jumpa depan-depan la katakan.
Rin and her ex-roommate, Nabila


5. First time aku masuk UPM.

  • Besar giler UPM nih kalau nak berbandingkan dengan UM nih. Aku tengok pun pening banyak sangat gate nyer. Pak guard pon banyak. First time aku kena isi borang pelawat. Ngade-ngade tau pak guard ni~
  • Kolej sampai 17 ada. Ye ke? Tak ingat.
  • Ada laluan basikal kowtttt!! Hebat tuuu~ Comel jer adik-adik junior ateh cikal >.<
  • Jarak setiap bangunan jauh-jauh.
6. First time masuk dalam bilik kolej ke-4 (Kolej Canselor).
  • Bilik ex-roommate aku.
  • Besar giler!
  • Dah la duduk sorang jer dalam tu.
  • Katil dua-dua single. Kat sini, aku dok katil double-decker jer hahhh~ Orang tak aktif la katakan..uhuhu
  • Ada bilik TV, siap ada ASTRO lagi. Bravo!
  • Yang pastinya, floor diorang lebih kurang macam floor kitorang kat KMKN.
  • Bertambah-tambah rindu kat KMKN, Blok Iman..
Me and my ex-roommate, Jun

7. First time sampai kat The Mines.
  • Baru tahu ada Seoul Garden jugak kat sini..huhuhu
  • Sempat gak rembat sandal satu..kih3
  • Bagus betul tempat parking, just tengok lampu hijau, ada tempat kosong.
Sandal yang dirembat ada disitu :P

8. First time makan kat OldTown White Coffee.
  • Order Nasi Ayam Hainan - SODAPP SANGAT
  • Air - Lemon Ice Tea - Pelikks angat rasonyoo~

9. First time makan kat Burger King @ Alamanda Putrajaya.
  • Sedap jugak la burgernya.
  • Murah!
10. First time tahu letak garam dalam air karbonat untuk kurangkan gas tu. Dapat satu ilmu!

Tu jer lah kot buat hari ni pengalaman pertama kali aku. Nak ambil kesempatan kat sini, nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Rin sebab sanggup ambik aku yang jauh dari tempat korang since ni last semester aku kat sini. Dan nak minta maaf sebab terpaksa patah balik ke LRT hantarkan kasut aku yang dah jadi mulut buaya tu. Rasa nak buang kasut tu tapi sayang, sebab tu kasut mak aku yang belikan untuk hari raya yang lepas. Ehehe~padahal dah berapa kali kawan-kawan yang lain ingatkan. Terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang lain sanggup datang walaupun ada paper esok pagi. Dan kepada yang tak dapat datang, harap-harap ada kesempatan bleh kita jumpa di lain hari. Semoga persahabatan ni kekal ke akhir hayat. Aku sayang korang...muahhhh :D

Credit to Anis for the picture :)

Wassalam..

2 comments

  1. kemainnn sumenye first timeee~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terharu tak? Korang yang bagi aku merasa first time :P

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...