My Life: Berjinak-jinak dengan Kuali dan Senduk

Assalamualaikum.

Orang selalu kata perempuan belajar tinggi-tinggi pun akan ke dapur jugak tempatnya. Bila tinggal di luar sekarang, baru la rasa betapa pentingnya skill memasak. Menyesal tak sudah tak belajar memasak!. Tak boleh kawin la iolls camni. Kesian nanti suami makan kat luar hari-hari..huuu~

Bila dah start duduk luar ni, semua benda nak kena beli sendiri. Memang dah jadi memilih giler sekarang. Bajet. Kalau tak sebelum ni, suka je campak masuk dalam troli. Kaya sangat =.=
Nak memilih ayam, ikan dan sayur-sayur segar pun nak kena belajar gak. Kalau tak kena ting tong dengan peniaga la jawabnya. Jangan main-main kat pasar, macam-macam ragam boleh tengok. Skill komunikasi pun penting tau uolls.

Yang tu baru nak pilih bahan, nak masak ni kena tahu jugak macam mana nak potong sayur tu, lain-lain lauk, lain cara potongnya. Nak basuh bahan-bahan pun ada jugak caranya. Baru tahu, nak basuh kerang kena guna daun ceri. Tahu makan je sebelum ni..hahaha

Balik kampung ni mesti berguru dengan mak sebanyak mungkin. Harap-harap boleh la naikkan sikit skill nih.. hehe

Okey, untuk permulaan jom belajar buat Sausages Cheese Roll. Makanan paling simple dan jimat.



Selamat mencuba!

Comments

  1. ak duk luar bese jek~
    ke ko duk sorg2???

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dok 4 org dgn classmate.. ko memang x dok kolej eh?

      Delete

Post a Comment

Popular Posts