GENG KITA

Assalamualaikum kawan-kawan =)


~ GENG KITA ~
Inilah nama kumpulan kawan-kawan saya di kolej saya. 
Ditubuhkan pada semester 1 sesi 2012/2013 (macam organisasi plak..huhu)
Kami berkawan dari semester 1 sesi 2010/2011, semasa minggu orientasi lagi. Kebetulan antara kami satu kumpulan (Sel 10) dan satu aras (C300). Tapi bukan semuanya saya rapat dari sem 1. 

Mula-mula saya berkenalan dengan Wina, Lily dan Najwa.
Di semester 2, saya mula berkenalan dengan 4ne plak. Kemudian, Yanie dan Isah :)

APM
Kg. Serdang, Pasir Mas, Kelantan

APM
Kg. Tebing Tinggi, Pasir Puteh, Kelantan

APM
Bukit Kor, Marang, Terengganu

APM
Kg. Telaga, Kuala Berang, Terengganu

APM
Parit, Perak

APM
Kg. Peria, Kuala Krai, Kelantan

Kalau kawan-kawan tengok, semua kawan saya pelajar Akademi Pengajian Melayu, UM, saya je yang dari Fakulti Sains menyibuk dengan mereka..hehehe
Dan kebanyakannya dari Pantai Timur :D
Mestilah! kami ni ada 'bond' yang kuat..huhu
Sebenarnya, saya senang bergaul dengan mereka kerana mereka sekepala bukan disebabkan saya ni jenis kenegerian. Mungkin ada sikit kot..huahuahua
Faham-faham je lah dengan loghat kami mcm mana. Nak bercakap bahasa baku hari-hari, penat!

Disebabkan saya lain fakulti dengan mereka, jadi waktu makan malam je la kami lepak sekali. Kami pon dah tak searas lagi, semua berpecah aras lain-lain =(
Kalau sebelum ni kami selalu jumpa waktu breakfast, lunch dan dinner. Disebabkan dewan makan telah ditutup, jadi time dinner je la boleh jumpa. Kami selalu lepak kat warung abg Zul, satu-satunya warung di Kolej 8! Sampai abg Zul pon dah kenal kami semua..hikhik

Makanan yang selalu diorder oleh kami:

[ Bila kebulur sangat]
Nasi putih + Tom Yam/Sup ayam + Telur mata/Dadar
Nasi Goreng Ayam Kunyit
Nasi Goreng Daging Merah

 [Bila ramai orang]
Nasi Goreng Ayam

Nasi Lemak Ayam 

[Bila x lapar sangat]
Kuew Teow Sup 
Kuew Teow Goreng + Telur mata
Mee Hoon Sup

[Bila x tahu nak makan ape :P]
Nasi Goreng Cina + Telur Mata
Nasi Goreng Kampung
Nasi Goreng Mamak

Menu Favorite Baru :D
 Telur Bistik

Daging Masak Kicap

tu je kot..ahaks!


Banyak kot kenangan sepanjang kat kolej kinabalu tercinta ni. Kalau nak cerita semua boleh sampai part 10 kot..hahaha

By the way, kami ada group FB!!
Hebat tak??
huhu..
Ini ada lagu khas untuk korang semua ^__^


Akhir kalam, semoga persabahatan yang terbina kekal dan kita masih berhubung walaupon korang semua akan tamat pengajian sem depan..sedih nya kena tinggal sini sorang-sorang :( 

Semoga berjaya menggenggam segulung ijazah!
Wassalam..

Updated: 12/1/2013

Comments

Post a Comment

Popular Posts